Dec 31, 2013

2013 Special Entry

Assalamualaikum sume kawan2..

Apa khabar? wat mende lening blake? (jawab kat komen k.. :P)
Ya Allah, lamanya dok buat entry kat blog ni.. 
dok perasan plok selama 2013 ni xdok entry langsung..
 nasib baik someone tu tegur.. (oppss!! haha)..  
ok! sempena penutupan tirai 2013 ni, mlm ni aku nok wat entry pertama dan terakhir utk tahun ni lahh.. berehh guuu.. enjoy k !

actually, igt nok menulis semalam, tp rase bosan doh ngn wajah blog hok lame tu..
so semalam aku habiskan masa format semule blog.. haha.. 
(penah ke dgr org format blog? keh3x..)
dlu blog aku warna hijau2, kali ni putih plak.. gilir2 g2 la..
 kekgi ade mase nok cat warne hijau smule.. wee...
sbb tu kalo korang tgk post2 lame2 tu, kadang2 xleh nok bace, 
sbb dlu tulisan warna putih... xpe la.. xyoh bace benda lepas.. hehe.. 
kalu nok bace jgk, highlight pastu bleh lah bace :)..

2013.. 2013.. 2013.. oh 2013..
macam2 berlaku kat aku pada tahun ni.. 
kenangan yg manis leting, pahit nepang, tawar hebe, masin rebing.. sume ade..
tp xpe, pngalaman tu la yg ajar kite erti kehidupan,.. ke guane? 
nanti kalo rajin buleh lah update lain pulok, recall kenangan2.. 
kawan2, mu tunggu aku update k.. hehe.. (kalo rajin lah.. :P) 

Emmm..
rasanya stakat ni dlu la.. 
Malam indah, kirimkan ciprat keemasan, 
kirimkan pertanda keagungan, kekuasaan, serta kemegahan. 
Meski itu hanya sementara,
 hingga malam ditepis sirna, pertanda esok akan tiba. 

Sebentar lagi kita akan mendapat sebuah buku yang masih kosong,
mulai sekarang kita akan menulis didalamnya..
Buku itu bernama PERSAHABATAN dan Bab Pertama berjudul “Selamat Tahun Baru”.
Kawan2, tahun telah berganti maafkan jika aku ada salah ditahun lama mari kita perbaiki di tahun yang baru.

Selamat Tahun baru 2014
Semoga Tahun Depan lebih bermakna daripada Tahun ni.. Aminnn....

Wassalam...

Nov 26, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat, diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . .
Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan