Nov 26, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat, diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . .
Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan

Nov 2, 2012

Jom belajar bahasa jepun

Assalamualaikum s.w.t


Selamat malam sume.. 
haa.. korang tau kan aku blajar kat UMT? tak tao sudah ! .. hee.. em, skunk aku dah sem 5 . Tinggal ag 1 sem la nak abez.. sem ni aku ade ambik 2 elektif.. salah satunyer, aku ambik bahasa jepun.. Bahasa Jepun Komunikatif.. k, malam ni aku nak share sikit sbnyak ape yg aku tau.. kalo korang blajar jgk, bace ni untuk ulangkaji yer.. kot2 membantu final exam t :P
yang lom blajar, hope korang enjoy k *_*

 
Ucapan semasa balik ke rumah - tadaima
Ucapan balasan - okaerinasai
Ucapan semasa meninggalkan kelas/tempat kerja - osakini shitsureishimasu
Ucapan balasan - otsukaresamasdeshita
Apa khabar? - Ogenki desu ka?
Khabar baik - Hai, genki desu
Khabar tidak baik/xsihat - Iie, genki dewa arimasen
Semasa masuk ke bilik/maaf ganggu - shitsurei shimasu
Semasa keluar bilik - Shitsurei shimashita
Awak tidak apa2? (are u ok) - Daijoobu desu ka?
Ya, tidak mengapa - Hai, daijoobu desu
Tidak, saya tidak ok - Iie, daijoobu dewa arimasen
Sekian dulu ye. nanti kalo rajin aku share lg.., Arigato Gozaimasu :)

Nov 1, 2012

Blog dan Kawan

Salam sume.. slmt ptg.. :)
korang ape kabo? wat menda ptg2 ni? (sila jwb kat ruangan komen) hee

ptg ni igt nok jogging, tp tbe2 rase mls plop.. nok stdy, time2 ptg ni xelok stdy.. time riadah kam.. hee.. mlm ni bru stdy k fendy !.. hik3x..  

Em, ptg ni aku just nok tulis skit je pasal Blog dan Kawan.. mcm jenis aku ni, aku mmg suke berkawan. bab kate org lama2 (bukan org tua eh - kunk trase plop org yang tgh bace ni) aha3x.. , berkawan biar beribu, bercinta biar satu. heee. :P 

skunk, macam2 cara alam maya utk kite dapatkan kwn.. macam facebook, twitter, myspace(berkarat doh)  n so on.. [tekan link tu then add me fb jika blom kawan, n follow me twitter if xfollow ag]-sempat ag promote.. hik3x... 

ok kembali ke pangkal jalan. hehe.. sesat jaoh doh tu.. :)
aku just nak ckp, dengan blog ni pom :

kite mampu mencari kawan,
 kite mampu untuk membina persahabatan, 
 kite mampu berkongsi maklumat,
kite mampu membina jaringan...

so sape yg xdok blog lg,  bleh la kalo nok buat.. kekgi aku follow deh.. hehe.. 

k la.. dok tahu doh nok tulis menda.. korang pun dok tahu jgk kan nok bace ape lg.. kekeke.. :) Thanks sbb bace.. Wassalam..

kisah pemuda dan kopiah

Seorang pemuda yang baru keluar penjara setelah 10 tahun dipenjara sejak dari umurnya 18 tahun, singgah di sebuah kedai menjual kopiah berhampiran penjaranya.

Pemuda: "Abg, berapa harga satu kopiah ni?"

Bro: "RM30."

Pemuda: "Tak boleh kurang sikit?"

Bro: "Orang macam kau ni tak payahlah pakai kopiah." *tetibe*

Pemuda mendiamkan diri. Meletakkan kembali kopiah putih tersebut.

Bro: "Orang kalau dah tak baik, pakai kopiah macam mana pun tak akan dapat tudung kejahatan dia buat. Jangan rosakkan imej orang lain yang berkopiah pula. Tak payah pakailah, senang. Kalau pakai, tapi perangai macam syaitan bukan ke hipokrit, munafik namanya? Berpura-pura baik dengan imej berkopiah di hadapan orang. Yang di facebook pula sibuk letak imej berkopiah untuk melariskan diri sendiri dengan imej yang baik. Hak tuih!"

Pemuda: "Tak mengapalah macam tu bang. Jangan risau, saya tak beli kopiah ni. Saya pun tak mampu beli kopiah harga ni."

Bro: "Ha bagus. Dah, aku nak meniaga. Ko pergi mengemis tempat lain boleh? Aku dah kenal ramai la yang keluar penjara macam kau ni. Suka dapatkan simpati."

Pemuda menundukkan kepala, cuba berlalu dari situ. Tapi ditahan oleh seorang pakcik.

Pakcik: "Nanti, biar pakcik belikan."

Pakcik segera menghulurkan note RM30 kepada penjual kopiah.

Pakcik: "Biarlah dia nak pakai kopiah. Kopiah tu kan dari pakaian orang Islam juga. Kemas sikit, tak adalah nampak serabai sangat rambutnya."

Bro :"Pakcik tak payahlah kesian sangat dekat budak ni."

Pakcik: "Samada dia hipokrit atau tidak, baik atau tidak, itu urusan dia dengan Allah. Tugas kita adalah menegur dia jika dia salah, tunjuk dan bimbing dia jika dia hilang arah.

Biarlah dia pakai kopiah, sekurang-kurangnya bila dia nak buat maksiat, dia ingat kopiah di kepalanya. Mula-mula rasa malu pada kopiah. Dari malu kepada kopiah, timbul malu kepada Tuhan. Dengan memakai kopiah, mungkin dia akan malu memandang aurat gadis-gadis di sekelilingnya lalu menundukkan pandangan."

Bro: "Dah tu, yang dalam facebook tu apa cite plak?"

Pakcik: "Terpulang pada niat masing-masing;

1. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka dapatlah pahala.

2. Jika niatnya nak memancing wanita, maka mungkin dapatlah apa yang dihajati tapi tidak mungkin dapat Allah kerana tidak ikhlas.

3. Jika niatnya supaya orang lebih tertarik kepada Islam dengan imej sopan yang ditunjukkan, alhamdulillah..bagus.

4. Kadang-kadang orang lebih mudah berikan kepercayaan pada yang berimej baik dan sopan dari yang berimej sebaliknya. Lebih dipercayai berbanding mereka yang membawa imej misalnya terlampau rock, yang akhirnya menyebabkan mereka kurang diberikan kepercayaan.

5. Orang yang berpura-pura dengan berimej Islamik dan bertopengkan agama di facebook, ilmu bermanfaat yang disebarkan dapatlah pahala untuk part tu. Tapi dari segi keikhlasan, dia ada masalah dengan Allah. Dia kena muhasabah balik, betulkan niat. Tak guna disukai orang, tapi dibenci oleh Allah."

Bro mengangguk-angguk malas seraya beralih ke customer yang lain. Malas nak layan celoteh pakcik.

Tiba-tiba pemuda tersebut memeluk pakcik tersebut dengan deraian air mata.

Pemuda: "Selama 10 tahun saya berada di penjara, 5 tahun saya enggan solat. Namun apabila pertama kali saya cuba solat di dalam penjara dengan memakai kopiah penjara, saya rasa tenang sangat-sangat. Saya akhirnya bersolat. Bila melihat wajah saya dalam cermin dengan berkopiah, rasa macam tak percaya. Nampak tenang dan tak serabut seperti selalu. Sejak dari hari tu, saya berazam hari pertama saya keluar penjara saya nak beli kopiah saya sendiri..saya nak berhijrah.."

Pakcik: "Alhamdulillah..namun ingatlah, penghijrahan bukan sahaja bermula dengan imej Islamik, tetapi lebih penting lagi di sini." (sambil menunjuk ke arah dada pemuda tersebut)

Usai bersalaman, pakcik meminta diri dari pemuda tersebut dan berlalu pergi. Sekilas, pemuda teringat dia belum lagi mengucapkan terima kasih. Ditolehnya ke belakang, namun pakcik tersebut dah tiada. Hilang sekelip mata.

Pemuda tercari-cari, berlari-lari ke segenap arah. Namun tidak dijumpai kelibat pakcik. Hampa. Mengeluh seketika.

Namun dalam hatinya kini ada dua penghargaan;

"Terima kasih, pakcik."

"Terima kasih Tuhan."

credit to  Syabab Musafir Kasih

Oct 31, 2012

Kenanganku.. Masjid Tengah Pattani, Thailand

  Assalamualaikum w.b.t 

waa lame giler xupdate ni.. korang sihat? dah berabuk dah blog aku nih !  kan2? ari ni nak sapu habuk2 skit  :)

em, aku xtau nak update ape sbnrnyer ni..ade idea x? hee.. kalo ade, pm k :P

oke2,, alang2 bukak ni.. aku nak share ngn korang pic jalan2 time aku praktikal dlu kat Prince of Songkla University(PSU), Thailand b4 raye baru ni.. ni pic time p kat salah satu masjid di Thailand.. Masjid Tengah Pattani ~~ jemput2 tgk *_*
 


Haa.. ni member2 praktikal skali..
~ Za, aku, Beki, Pika, Sya, Joe, Mat anip ~





p/s : thanks to my roomate Ridwan sebab byk bawak aku jalan2 kat sane.. 5 pic last tu p ngn die :) 

 T ade mase kite g skali ek? heee.. thanks sudi jenguk ! *_*

Jun 7, 2012

Ngeeee *_*



Shhhh.. actually pic tu sume telah diedit daripada video kat bawah ni.. diam2 je taw...
thanks Miera Adnan sbb share vdeo ni.. nice.. sweet gler vdeo ni.. suke3x.. <3


Feb 1, 2012

Kenangan di KMPP *_*


Salam olzz..
lme jgk tak mnulis ni..
skrg ni ngah cuti,.. xtaw nk watpe.. tgh2 pagi lak tu...-3.36 pg-
sbenarnyer kan.. aku rindu kat matrik aku dlu.. KMPP
<3 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang <3

byk kenangan aku kat sane. hee.. termasuk pnh minat kat sum1.. tetttt..
bkn nak ckp sal ni k.. haha...!!
entri ni aku nak upload pic one of kenanganss aku time dulu.. mmg xleh dilupakan.. heee
nak tgk x??
jappp !!!

b4 tgk tu, jnji dlu taw.. lepas tgk tu diam2 dah la.. ni keje gile skit.. wakakaka
ni rahsie kite je taw..
bese la zaman nakal2 dulu... tp xde la trok sgt pom.. kisah silam.. hehe

xnak la ckp snap kat mne.. korang tgk la sndri yer.. heee... (jgn lupe jnji tu) haha'

Perjalanan bermula - Surau


Sawah blakang surau - Subhanallah, indah kan?? hee


Surau lg, tp ni tengah gelap ag ni..


haa.. ni dah cerah..


KK


Court

C1, A12345 - nmpak bas skit :)


C4, C3, B pun nmpak skit tu.. :)


macam2 blok . . heee

#time pkai fon biase2 je.. gmbar tak lawa. heee..
#mengarut je pg2 nih
#tq sudi jenguk2
#last, jgn lupe jnji tu.. haha *_*

Mengimbau kenangan...Sekian...


Jan 16, 2012

jom blajor bahase Ganu

Salam sume..
ari ni xtahu nok wat nape..
nok stdy xdok mood mne.. hee
ari ni aku nok jadi cikgu,
nok ajor kwn2 aku hok duk luor dr tganu ni..
cian ngat aku cakak dok pahang sokmo..haha..
lepas ni harap2 pahang r..hik3x..
entry kali ni aku nak share sikit sebanyak berkaitan bahasa Terennganu *_*

ok.. xmboh buang mase.. jom start blajor :

abih - habis
acing-perring - bau hancing
agah - sombong
anguh letung - hangus
aluh siat - terlalu halus
amah - 50 sen, ie. samah(RM 0.50), dua amah(RM 1.00), tiga amah(RM1.50)
ape ke jadoh - ape hal
apah nyor - hampas kelapa
bah- bas
bahang - pukul i.e. kena bahang - dipukul
bahang gambang - tidak serius melakukan sesuatu
bakpe - mengapa
bang - azan
basah jeruk - basah kuyup
bata golek - bantal peluk
beng - memaksa diri
berat nanang - terlalu berat, teruk
bijok - pandai
bira - tepi
boh - banjir
bok - buku
bolok wok - berserabut
bowok - bawa
bekok cobong - bengkak yang teramat sangat benjol
beratah - keadaan yang amat banyak, ie. beratah anak ikan
bewok - biawak
blengah - melekit
buak - buat
bubuh - letak
busuk kohong - busuk sangat
cakduh - buat kerja dgn cuai
cakna - ambil hirau, ambil tahu
cakol - cangkul
calor balor - tercalar
carik - koyak
cedung - bersawah
ce'rok - jauh
ce'rong - di sudut, di suatu tempat yang jauh
cekoh - kupas/kopek
ceroh-nerang - terang-benderang
chamba - kusut
cokoh - i.e. duduk cokoh -- berdiri atau duduk tapi tak duduk betul
colok - batang mancis
comel lote - sgt cantik
cotek - sedikit
dang - sempat
do'oh - melampau i.e. do'oh lalu- terlampau
dok - tidak
dok leh - tidak boleh
dok rok cetong - letih, tidak bertenaga
dok soh - tak perlu, jangan
dok wie - tidak bagi
dua amah - RM 1.00
ek' - sombong
esel - ensel pintu
gaha - menyental periuk atau kuali
gajuk- beg plastik
gandeng - pukul
gandor - galas, seperti menggalas durian kepasar
gemok mettong - terlalu gemok , juga "gemok debok",
genyeh - gosok
go'coh - bergaduh, bertumbuk
gogeh - bergoyang
gohek - memandu (asal dari 'go ahead')
gong - bangga, sombong
guane(v. ga'na) - bagaimana
hangus letong - hangus habis
hok - yang
ikan aye - ikan tongkol
ikuk dang - tidak serius melakukan sesuatu
itang legit - hitam sehitam arang
jahil tukil - terlampau bodoh, bengap
jambang - tandas
jala mas - sejenis kuih tradisional
jambu golok - buah gajus
je'put - cucur
jenere - lena (tidur)
kabo - beritahu
kaccik - segan/sanggap
kalu - kalau
kasih(with heavy k) - kekasih, awek, pakwe
katok - pukul
kawa - kopi, serbuk kawa - serbuk kopi
kayu khamat(v. kayu keramat) - sejenih kuih tradisional seperti roti
kecek tuek - terlalu kecil
kekeng - mengankang
kekgi - sekejap lagi
kelih(keleh) - lihat
kemah keming - sempurna, ketat
kerah ketung - terlalu keras
krabak - panjat
busuk kohong - busuk yang teramat
komang - teruk, tidak bermutu
koyok - kupas buah
lebong - tipu
lecoh - becak
lek lu - sabor dulu
makang - makan
masing pekok - masin teramat sangat
mecheh - mancis
mender - benda
molek - sempurna, cantik, bagus
mung - kamu, engkau, awak
nano/buah - nakal/hyper active
nape - ape
nasi kunyit - nasi kuning
nawok - tipu
nebeng - melampau
nengung - merenung/berfikir sejenak
nganang - sejenis kuih yang amat manis, selalu dihidangkan selepas Sembahyang Terawih di bulan Ramadan
ngatuk - mengantuk
nganying - menyindir
ngita - mengintai/skodeng
noppat - lompat
nusuk - sembunyi
nyaknyer - kesian
nyekik - menyakitkan hati
nyodok - penyodok
nyor - kelapa
panah dering - cuaca panas yang melampau
pahang - faham
rial -ringgit
robok - almari
rodok - memasukkan sesuatu ke dlm lubang
rohok - susah, payah
ngoko - sangat sejuk
senyap tupah - membisu
sstengba - bersiap sedia
sumbakk - tersekat
tak mboh - tidak mahu
taik - tahi
tibang - pukul
timung cina - tembikai
togok - minum
tohok - buang
tok - nenek
tokki - datuk
tonyoh - sekeh
tubik - keluar
tungggang-langgang - berterabur, tidak tersusun, bersepah
ulak - ulat
ulor - ular
wak - buat
wak lolok - tipu
wi - beri
ye ye - beria-ia

ni ar antara bahase2 ganu.. bnyak lg tu..

sape2 hok minat, sape2 hok rse bhase ganu ni sedak... buleh la join



Wassalam....~



Jan 4, 2012

R'C2 Secrets



hyep.. salam..
aku nak share kat korang 1 resepi mknan ni.. heee...
resepi ni mmg xde jual kat mana2 pun..
kat kedai aku
rse xpenah ag la jmpe die jual menda ni...hik3x..
nama mknan ni adalah...


jeng...jeng...jeng...


cbuk je nak taw..haha
xpe2 aku gtaw k..

nme mknan tu adalah...

"Roti Choki2"

@pun nama syarikat yg buat ni adalah :
R'C2 Secrets..
Boss komfom la fendyshams.. haha^^
ingredients : pndai2lah pkir yer..haha


Saje mgarut petang2.. tq baca weh..yg penting, roti choki2 bez jgk la mkn ptg2 n mlm2.. hik3x..

wassalam~







Jan 1, 2012

Welcome 2012 !!!

Salam semua kawan...

sebenarnya xrancang pom nak mnulis ni.. tp alang2 xleh tdo.. tulis la jap.. haha..
sedar x sedar 2011 dah meninggalkan kite..
masa mmg xbole dipatah balik..(btol ke x ntah ayat) haha
mmg byk kenangan, pengalaman yg aku lalui time 2011 nih.. moga 2012 yg ku lalui skunk ni menjadi lebih baik drpd 2011 yg telah berlalu..

Welcome 2012!! hepy new year to ollzz of u....

dah la.. mls dah nk mnulis.. haha.. tdo lu ar.. bye2...

tanx baca.. jgn geram2 k.. haha...

jap2, awl 2012 ni aku akan mnduduki final xm.. doa2kan la yer kwn2..
moga2 kite berjaya bersama2...

di kesempatan ni gak, aku nak mintak maaf pada sume yg mngenali diri ini..
maafkan jika aku ade mmbuat salah ngn korang, samada sengaja @pun x..
sesungguhnye kite adalah insan biasa yg xpernah terlepas drpd melakukan kesilapan..
maafkan aku wahai sahabat...
moga kehidupan kite didunia sementara ini sentiasa berada dalam RahmatNya,,
...amin,,,....

Sekian, wassalam...