Nov 26, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat, diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . .
Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan

Nov 2, 2012

Jom belajar bahasa jepun

Assalamualaikum s.w.t


Selamat malam sume.. 
haa.. korang tau kan aku blajar kat UMT? tak tao sudah ! .. hee.. em, skunk aku dah sem 5 . Tinggal ag 1 sem la nak abez.. sem ni aku ade ambik 2 elektif.. salah satunyer, aku ambik bahasa jepun.. Bahasa Jepun Komunikatif.. k, malam ni aku nak share sikit sbnyak ape yg aku tau.. kalo korang blajar jgk, bace ni untuk ulangkaji yer.. kot2 membantu final exam t :P
yang lom blajar, hope korang enjoy k *_*

 
Ucapan semasa balik ke rumah - tadaima
Ucapan balasan - okaerinasai
Ucapan semasa meninggalkan kelas/tempat kerja - osakini shitsureishimasu
Ucapan balasan - otsukaresamasdeshita
Apa khabar? - Ogenki desu ka?
Khabar baik - Hai, genki desu
Khabar tidak baik/xsihat - Iie, genki dewa arimasen
Semasa masuk ke bilik/maaf ganggu - shitsurei shimasu
Semasa keluar bilik - Shitsurei shimashita
Awak tidak apa2? (are u ok) - Daijoobu desu ka?
Ya, tidak mengapa - Hai, daijoobu desu
Tidak, saya tidak ok - Iie, daijoobu dewa arimasen
Sekian dulu ye. nanti kalo rajin aku share lg.., Arigato Gozaimasu :)

Nov 1, 2012

Blog dan Kawan

Salam sume.. slmt ptg.. :)
korang ape kabo? wat menda ptg2 ni? (sila jwb kat ruangan komen) hee

ptg ni igt nok jogging, tp tbe2 rase mls plop.. nok stdy, time2 ptg ni xelok stdy.. time riadah kam.. hee.. mlm ni bru stdy k fendy !.. hik3x..  

Em, ptg ni aku just nok tulis skit je pasal Blog dan Kawan.. mcm jenis aku ni, aku mmg suke berkawan. bab kate org lama2 (bukan org tua eh - kunk trase plop org yang tgh bace ni) aha3x.. , berkawan biar beribu, bercinta biar satu. heee. :P 

skunk, macam2 cara alam maya utk kite dapatkan kwn.. macam facebook, twitter, myspace(berkarat doh)  n so on.. [tekan link tu then add me fb jika blom kawan, n follow me twitter if xfollow ag]-sempat ag promote.. hik3x... 

ok kembali ke pangkal jalan. hehe.. sesat jaoh doh tu.. :)
aku just nak ckp, dengan blog ni pom :

kite mampu mencari kawan,
 kite mampu untuk membina persahabatan, 
 kite mampu berkongsi maklumat,
kite mampu membina jaringan...

so sape yg xdok blog lg,  bleh la kalo nok buat.. kekgi aku follow deh.. hehe.. 

k la.. dok tahu doh nok tulis menda.. korang pun dok tahu jgk kan nok bace ape lg.. kekeke.. :) Thanks sbb bace.. Wassalam..

kisah pemuda dan kopiah

Seorang pemuda yang baru keluar penjara setelah 10 tahun dipenjara sejak dari umurnya 18 tahun, singgah di sebuah kedai menjual kopiah berhampiran penjaranya.

Pemuda: "Abg, berapa harga satu kopiah ni?"

Bro: "RM30."

Pemuda: "Tak boleh kurang sikit?"

Bro: "Orang macam kau ni tak payahlah pakai kopiah." *tetibe*

Pemuda mendiamkan diri. Meletakkan kembali kopiah putih tersebut.

Bro: "Orang kalau dah tak baik, pakai kopiah macam mana pun tak akan dapat tudung kejahatan dia buat. Jangan rosakkan imej orang lain yang berkopiah pula. Tak payah pakailah, senang. Kalau pakai, tapi perangai macam syaitan bukan ke hipokrit, munafik namanya? Berpura-pura baik dengan imej berkopiah di hadapan orang. Yang di facebook pula sibuk letak imej berkopiah untuk melariskan diri sendiri dengan imej yang baik. Hak tuih!"

Pemuda: "Tak mengapalah macam tu bang. Jangan risau, saya tak beli kopiah ni. Saya pun tak mampu beli kopiah harga ni."

Bro: "Ha bagus. Dah, aku nak meniaga. Ko pergi mengemis tempat lain boleh? Aku dah kenal ramai la yang keluar penjara macam kau ni. Suka dapatkan simpati."

Pemuda menundukkan kepala, cuba berlalu dari situ. Tapi ditahan oleh seorang pakcik.

Pakcik: "Nanti, biar pakcik belikan."

Pakcik segera menghulurkan note RM30 kepada penjual kopiah.

Pakcik: "Biarlah dia nak pakai kopiah. Kopiah tu kan dari pakaian orang Islam juga. Kemas sikit, tak adalah nampak serabai sangat rambutnya."

Bro :"Pakcik tak payahlah kesian sangat dekat budak ni."

Pakcik: "Samada dia hipokrit atau tidak, baik atau tidak, itu urusan dia dengan Allah. Tugas kita adalah menegur dia jika dia salah, tunjuk dan bimbing dia jika dia hilang arah.

Biarlah dia pakai kopiah, sekurang-kurangnya bila dia nak buat maksiat, dia ingat kopiah di kepalanya. Mula-mula rasa malu pada kopiah. Dari malu kepada kopiah, timbul malu kepada Tuhan. Dengan memakai kopiah, mungkin dia akan malu memandang aurat gadis-gadis di sekelilingnya lalu menundukkan pandangan."

Bro: "Dah tu, yang dalam facebook tu apa cite plak?"

Pakcik: "Terpulang pada niat masing-masing;

1. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka dapatlah pahala.

2. Jika niatnya nak memancing wanita, maka mungkin dapatlah apa yang dihajati tapi tidak mungkin dapat Allah kerana tidak ikhlas.

3. Jika niatnya supaya orang lebih tertarik kepada Islam dengan imej sopan yang ditunjukkan, alhamdulillah..bagus.

4. Kadang-kadang orang lebih mudah berikan kepercayaan pada yang berimej baik dan sopan dari yang berimej sebaliknya. Lebih dipercayai berbanding mereka yang membawa imej misalnya terlampau rock, yang akhirnya menyebabkan mereka kurang diberikan kepercayaan.

5. Orang yang berpura-pura dengan berimej Islamik dan bertopengkan agama di facebook, ilmu bermanfaat yang disebarkan dapatlah pahala untuk part tu. Tapi dari segi keikhlasan, dia ada masalah dengan Allah. Dia kena muhasabah balik, betulkan niat. Tak guna disukai orang, tapi dibenci oleh Allah."

Bro mengangguk-angguk malas seraya beralih ke customer yang lain. Malas nak layan celoteh pakcik.

Tiba-tiba pemuda tersebut memeluk pakcik tersebut dengan deraian air mata.

Pemuda: "Selama 10 tahun saya berada di penjara, 5 tahun saya enggan solat. Namun apabila pertama kali saya cuba solat di dalam penjara dengan memakai kopiah penjara, saya rasa tenang sangat-sangat. Saya akhirnya bersolat. Bila melihat wajah saya dalam cermin dengan berkopiah, rasa macam tak percaya. Nampak tenang dan tak serabut seperti selalu. Sejak dari hari tu, saya berazam hari pertama saya keluar penjara saya nak beli kopiah saya sendiri..saya nak berhijrah.."

Pakcik: "Alhamdulillah..namun ingatlah, penghijrahan bukan sahaja bermula dengan imej Islamik, tetapi lebih penting lagi di sini." (sambil menunjuk ke arah dada pemuda tersebut)

Usai bersalaman, pakcik meminta diri dari pemuda tersebut dan berlalu pergi. Sekilas, pemuda teringat dia belum lagi mengucapkan terima kasih. Ditolehnya ke belakang, namun pakcik tersebut dah tiada. Hilang sekelip mata.

Pemuda tercari-cari, berlari-lari ke segenap arah. Namun tidak dijumpai kelibat pakcik. Hampa. Mengeluh seketika.

Namun dalam hatinya kini ada dua penghargaan;

"Terima kasih, pakcik."

"Terima kasih Tuhan."

credit to  Syabab Musafir Kasih